Ermm antara penyakit yg mmg dh sebati dalam diri ak ialah darah gemuruh! MAJOR DISEASE! Aduyaii...masalahh btol la. Esp bler nk wt presentation. Dh lah kos ak mang byk presentation. Mak aii mmg menguji btol. Cuakk dia hnyalah kwn2 ak yg terdekat je yg tahu n fhm. Pastuh ble nk jumpa lec. Adoyai..selalu lah berlaku adegan tolak menolak nk msuk bilik lec. Pastuh ble kne soal dlm kelas. Nih mang ak plg benci since sek lagi. Tp skang nih dh ok sket dh.pastuh ble berkenalan dgn kwn baru. Kn cm awkward kn. Mulalah dtg perangai gemuruh aku nih. Lagii apa lagi eh.......ermm ble ak gemuruh..mang gemuruh betol taw! Semua bnda jadi tak betul, kelam kabut, berpeluh2...HAHAHA.....so far, apa yg ak buat utk praktikkan utk atasi masalah nih ialah:-
· Klu utk presentation, sy akan cuba praktis praktis praktis n praktis smpai dh bosan n jemu. Then ble tiba ari present perasaan gemuruh ilang skit.
· Pastuhh senyyummm jerr... senyuman yg manis n confident lah. Sbb ak yakin, time kte present, org hanya dgr 40% jer dr apa yg kte nk bntgkan lagi 60% org dok tgk appearance kita. So toksah dok risau klu x hafal ke, gugup ke apa ke sbb ak tau dorg bukan nyer fokus pun, dorg dok tgk presenter jer. So dgn cara tuh, ak mang akan jaga penampilan, snyum sokmo n yg pling penting msti ak present dgn cepat aka jump into d conclusion.HAHAHA
· Apa yg penting knfident n just smpaikan informasi plg penting jerk
· Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
· Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)
· Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah.
· Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku.
· Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.
· Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi
No comments:
Post a Comment